MENJANA ERA KEBANGKITAN NEGARA : APA PERSAMAAN DSAI DENGAN ERDOGAN

KEDUA-DUANYA MEMPUNYAI MISI DAN VISI YANG SAMA SETELAH NEGARA TERPERUK DI BAWAH SISTEM YANG BOBROK . YANG PERTAMA BERJAYA YANG KEDUA SEDANG BERUSAHA WALAU MENGHADAPI BERBAGAI MIHNAH DAN FITNAH. MASYARAKAT TURKI MAHU BERUBAH DAN TELAH MENIKMATI HASILNYA SETELAH ERDOGAN MEMERINTAH . MASYARAKAT MALAYSIA MASIH RAGU-RAGU  TERUTAMA ORANG MELAYU ! SEDANGKAN MELAYULAH YANG PALING TERCOROT DAN MENJADI MANGSA BERBAGAI SKANDAL,   PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA DALAM URUS TADBIR TATA KELOLA  NEGARA !

Erdogan  PM dan Presiden Turki kini mulai naik ke tampok pemerintahan pada tahun 2003. Sebelumnnya beliau adalah  Datuk Bandar Istanbol yang berjaya. Daripada asas tersebut beliau diyakini untuk memimpin Turki setelah lama diperintah oleh parti -parti yang mengikut sekularisme secara totok warisan Mustafa Kamal Ataturk sejak tahun 1925. Selama hampir 80 tahun Turki yang hendak jadi Eropa ,ekonominya tercorot.

Sebelumnya Turki tidak pun semaju negara-negara Eropa yang mendepani ekonomi dunia. Di bawah Erdogan Turki kini termasuk kumpulan 20 negara paling maju di dunia. GDPnya telah meningkat 3 kali ganda dan sekarang  menjadi negara yang paling ramai dikunjungi para pelancong di dunia. Dalam masa tak sampai 15 tahun landskap Turki telah berubah. Dunia kagum dengan kebangkitan pesat eknominnya.

DSAI pemimpin berjiwa  muda, berwibawa dan bertaraf dunia telah memulakan gerakan reformasinya sejak tahun 1998. Namun belum berjaya. Malahan  kini terpenjara. DSAI juga ingin mengubah landskap negara menerusi perubahan dalam PRU secara demokratik. Ingin mengangkat martabat negara setanding dengan kebangkitan Turki di bawah Erdogan. Beliau mewakili suara generasi baru  yang menuntut perubahan selepas 50 tahun MERDEKA.

Malaysia kini tenggelam dalam berbagai  krisis demi krisis yang tenat  dan menuju7 kebuntuan masuk ke zaman gelap. Kejatuhan mata wang RM dibandingkan dengan dengan mata wang dunia dan serantau. Sedang mengalami peningkatan hutang negara ke paras yang mencemaskan. Negara terpaksa membayar bunga atau kadar faedah berpuluh bilion untuk hutang negara dan hutang I MDB. Kenaikan inflasi yang meningkat lagi oleh GST. Rakyat dibebani berbagai cukai dan masalah sehingga jadi lali dan tidak peka.

Penurunan taraf hidup rakyat kerana upahan yang rendah berbanding dengan kenaikan harga barang. Impian DSAI ke arah Malaysia Baru berada di tangan barisan pemimpin muda yang berwibawa belum tercapai. Kenaikan beliau ke tampok kekuasaan akan meletakkan Malaysia setaraf dengan kepimpinan dunia unggul pada masa kini.

Beliau menegaskan jika kami tidak berjaya ia akan diteruskan oleh generasi muda yang ada kini untuk maju ke depan menangani perubahan. Harapan tetap ada untuk Malaysia Baru. Mengapa ? Ini sahaja laluan dan pilihan kita jika hendak keluar daripada kemelut. Kita perlu keluar daripada segala keterperukan dari zaman gelap menuju era yang lebih cemerlang menerusi reformasi secara menyeluruh.Ia dilakukan menerusi proses yang sehat secara  demokratik atas pilihan rakyat. Sesungghuhnya PERUBAHAN ADALAH SYARAT DAN KEMESTIAN  UNTUK MAJU KE DEPAN !!!

It is essential that policy instruments be developed that would firmly establish democratization on the basis of social consensus and enable transformation on stable grounds – Recep Tayyip Erdogan.

Adalah menjadi satu keperluan dan tuntutan instrumen untuk membangunkan dasar di bina secara kukuh menerusi proses pendemokrasian. Ia hasil  persetujuan masyarakat secara menyeluruh untuk mempastikan perubahan berada di atas landasan yang teguh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *