APA KATA DR DZULKIFLI : BENARKAH ADA RAHMAT DI SEBALIK KEKALAHAN ?

Kekalahan secara blok puak yang digelar, jebon, liberal, Anwaris, Erdogan dalam PAS bagi Dr Dzulkifli membawa rahmat di sebalik ketewasan.Mengapa ?

Mereka meneruskan tekad  ‘Pakatan Harapan Rakyat’, ‘New Hope and Dream’ sebagai kenderaan untuk mengkuhkan  dan menggerakkan semula PAKATAN RAKYAT menuju PUTERAJAYA !

Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi “rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif/terbuka  dibina untuk semua rakyat Malaysia.

“Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini,” katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.

“Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *