ULASAN CEO HAL EHWAL DEMOKRASI DAN EKONOMI TENTANG KEMUNCULAN PARTI BARU ISLAM

Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS?

CEO Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saifol Wan Jan berkata :

Tindakan penubuhan parti ini boleh dilihat sebagai satu perkara yang sihat untuk mengakhiri polemik antara golongan konservatif dan golongan progresif PAS.

“Pertembungan antara golongan konservatif dan golongan progresif dalam PAS sebenarnya satu pertembungan yang sudah lama berlaku sejak dulu lagi. “

Sebelum ini apa yang dilihat oleh orang luar ialah beberapa orang daripada golongan progresif diberi jawatan atau memenangi jawatan dalam peringkat PAS Pusat tapi PAS sememangnya tidak pernah berubah sebagai sebuah parti yang konservatif.

“Melihat keadaan ini, boleh dikatakan bila-bila sahaja golongan progresif ini boleh ‘dibersihkan’,” jelas Wan Saiful dalam satu sesi temu bual bersama Astro AWANI pada Selasa.

Tambah Wan Saiful, tindakan G18 ini bakal mempunyai sejarah tersendiri memandangkan ia mendokong ideologi demokratik islamik yang pertama di Malaysia.

“Kalau melihat parti-parti yang sedia ada di Malaysia sekarang, tidak ada yang mendokong idea tersebut. Jadi sekiranya mereka nak masuk DAP, atau masuk PKR, saya rasa ini satu perkara yang tidak sesuai kerana apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah berbeza.

“DAP jelas dengan agenda demokrasi sosialnya, PKR pula mungkin agak kurang jelas sikit dengan perjuangan mereka sendiri, jadi G18 ini tidak sesuai untuk masuk mana-mana parti tersebut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *