MESKI TERPENJARA : DSAI TETAP MENDEPANI POLITIK MALAYSIA

Seorang penganalisis politik berkata ada rahsia mengapa DSAI sanggup mengambil risiko ke penjara. Beliau menjangka akan berlaku krisis dalaman  yang kritikal dalam KEPIMPINAN  PAS.  Masalah dan pertentangan yang parah antara kumpulan progresif penyokong PR  dengan kepimpinan ulama pasti berlaku. Tidak dapat dihindarkan lagi. Bermula sejak muktamar tahun lepas di Muar Johor apabila golongan progresif dan profesional disorak. Dua tahun sebelumnya kemenagan golongan profesional tidak disenangi oleh barisan ulama. Mereka memegang jawatan penting yang strategik dalam PAS. Tokoh-tokoh seperti Mat Sabu, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid, Ir Khalid Samad mula disigung sebagai lebih mirip kepada DSAI berbanding dengan Haji Hadi Awang.

Krisis dalam PAS iaitu pertentangan antara ulama kian parah dan mesti diselesaikan. Biarkan masalah dalaman  PAS  itu selesai sebelum PRU ke 14. Jika berada di luar beliau akan dituduh campur tangan masalah dalaman PAS. Tujuannya untuk menyususn semula PR yang bercelaru supaya  wujud keserasian di antara keluarga PR.  Aplikasinya yang diduga akan muncul komponen yang kompak dan padu menghadapi UBN yang kini sedang bergolak. Justeru tidak hairan DSAI mengeluarkan  kenyataan yang meyakinkan tentang masa depan PR.

“Saya percaya bahawa Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

“Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan,” katanya dalam satu perutusan melalui peguamnya yang diedarkan oleh PKR, 

“Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik.

“Pada masa yang sama, walau apa pun, pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat kerajaan-kerajaan negeri dan Parlimen,” katanya.

Ini pasti menjadikan PR lebih bersedia setelah membuang ranjau di perjalanan. Proses yang berlaku ini lebih mematang dan memperkuat PR setelah menyelesaikan pertikaian – pertikaian yang wujud  di dalam permuafakatan .Jika dibiarkan ia akan menjadi bencana. PR pecah dan belah sebelum bertarung dengan UBN dlm PRU ke  14 nanti. DSAI sebagai strategis dan nakhoda bahtera PR tidak kelihatan peranannya kerana di dalam penjara. Bagaimana pun tangan ghaibnya masih berfungsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *