DI MINA BERLAKU TRAGEDI SEDIH – DI MOSCOW PUTIN RASMI MASJID TERBESAR EROPAH PADA IDUL ADHA 1436 H

Moscow

Moscow's Grand Mosque cost over US$170 million (150 million euros) and over a decade to complete | Photo: AFP

BERITA SEDIH DARI MINA DIIMBANGI BERITA GEMBIRA DARI MOSCOW  RUSIA  BILA PRESIDEN VLADIMIR PUTIN RASMI PEMBUKAAN MASJID       ANTARA YANG TERBESAR DI EROPA. BERSAMA DENGAN PUTIN IALAH PRESIDEN TURKI  ERDORGAN. MEREKA BUKA DAN RASMIKAN MASJID AGONG INI SEMPENA AIDIL ADHA TAHUN 1436 H

 







Azan berkumandang di Moscow
Menyaksikan 170 ribu jiwa  rakyat Russia 
Sujud menyembah Allah,  Tuhan Yang Maha Esa
Dalam sebuah negara Komunis 
Dulu memusuhi agama termasuk Islamist 
Kini penuh terbuka sedia menerima ISLAM 

Di Mina 800 jiwa terbujur 
Dalam kesibukan  mengejar HAJI MABRUR 
Berpusu-pusu tolak menolak seperti digempur
Ghairah  hendak  melempar Iblis syaitan di Jamrah
Akibat gelombang rempohan ramai yang rebah  

Antara dua pertembungan dan tragedi  ini 
Terselit mesej pengajaran buat umat TAWHID
Jangan sesekali meninggalkan dakwah
Kepada umat mulhid dan musyrik 
 kembali pasrah  menyembah  Allah sahaja
Jangan menyengutukanNya dengan sesuatu tidak bertentu
Usah menolak Allah kerana kamu pasti kalah 

Kita muslim bukan sekedar menyelam dan mengaku Islam 
Sedang dalam realiti di sepanjang perjalanan 
Menjadi  umat  tenggelam yang  tunggang langgang
Meniru sifat Firaun, Haman, Abu Lahab dan Abu Jahal  
Gagal  memiliki sifat-sifat  MUHAMMAD yang mahal
Benar, Amanah, Telus,  penuh hemah dan hikmah  
Contoh unggulan bak magnet 
Bahawa kita umat yang paling baik dan menarik !

Kini jelas  terbukti kitalah  umat paling terperuk
Dalam  sistem pemerintah paling buruk
Terperangkap  dalam  kezaliman tanpa henti  sesama Islam
Di Mesir berlaku pembunuhan massal, 
Di Syria perang berbunuhan  sesama sendiri
Di mana - mana umat Islam diperkotak-katikkan
Dalam plot  adu dumba  menjarah   kekayaan mayapada  
Umat Islam terpedaya,  menjadi mangsa
Hasil bumi kurniaan Allah dibolot  habis  kafir laknatullah
Mengapa ?
Dengan merekalah sajalah kita asyik bermuamalah 
Meninggalkan syariat yang direstui Allah 
Menyokong sistem riba yang memusnahkan barakah
Terang nyata memeras, melumpuhkan  ekonomi ummah . 

Justeru wahai umat  Uswatun Hasanah janalah Kebangkitan 
Bangunlah dengan petunjuk AL QURAN
Sifat MUHAMMAD menjadi sandaran
Suri teladan paling Unggulan,
Bahawaa kamu umat Teladan wajib memimpin zaman 
Bukan tenggelam  dalam keburukan yang berpanjangan 
Sehingga tidak ada ruang dalam sejarah  hendak dituliskan
Betapa kita  menampilkan keburukan demi keburukan
Kemudian mengaku kitalah umat  pilihan Tuhan
Kononnya memiliki  syurga di hari kemudian 
Dengan syafaat Muhammad menjadi sandaran!

Kita jaja  Sifat Muhammad Yang Terpuji 
Sedang Terpalit pada kita sifat-sifat  yang beliau benci
Dusta, khianat, halang kebenaran dan diselimuti kejahilan
Bezanya antara kita dengan Muhammad yang jempolan
Seperti langit dengan bumi di bawah pandangan TUHAN !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *