Hasnol Abdul Hadi
“Bangsa yang besar adalah bangsa yang menghargai jasa pahlawannya” Presiden Sukarno
Siapakah Hasnol Abdul Hadi ? Beliau pada suatu ketika pernah menjadi Ketua Parti Rakyat Melaka dan salah seorang pemimpin utama Front Sosialis Malaya pada tahun 1960an. Beliau adalah anak kepada Abdul Hadi bin Haji Hassan.
KELIHATAN AHMAD BOESTAMAM, ISHAK HJ MUHAMMAD, ABDUL RAHIM RAHMAN, BAHARUDIN LATIF, ABDULLAH AYOB DLL
Bapannya ialah pensyarah sejarah di Maktab Perguruan Sultan Idris sebelum Perang Dunia Kedua. Ayahnya Abdul Hadi Hj Hassan telah meninggalkan sebuah karya sejarah yang monumental berjudul “SEJARAH ALAM MELAYU”.Ayahnya adalah peniup kebangsaan di kalangan guru-guru Melayu.Di antara para murid yang melanjutkan perjuangannya ialah Harun bin Mohd Amin dan Ibrahim Yaakub yang mengasaskan KMM Kesatuan Melayu Muda.
ABDUL HADI HJ HASSAN(1900-37)
HASNOL ABDUL HADI
HASNOL HADI PEJUANG RAKYAT DAN TOKOH PENGISI KEMERDEKAAN YANG DILUPAKAN. SIAPAKAH YANG MASIH MENGENANG SUMBANGAN BELIAU TERHADAP AGAMA , BANGSA DAN NEGARA ? HASNOL TELAH MENUMPAHKAN HIDUP DAN MATINYA UNTUK MEMBELA HAK – HAK RAKYAT.
HAK UNTUK HIDUP DAN BEBAS DARIPADA KONGKONGAN SISTEM PENJAJAHAN SELEPAS MERDEKA. HAK SUPAYA RAKYAT MENDAPAT KEADILAN DAN PEMBELAAN DI NEGARANYA SENDIRI SETELAH LAMA DIBULI OLEH PENJAJAH YANG MENGHISAP SEGALA HASIL MAHSUL KAZANAH KEKAYAAN MALAYA SELAMA RATUSAN TAHUN. SEBAGAIMANA TERAKAM HASIL INSPIRASI DAN PENCERAHAN AHMAD BOESTAMAM.BETAPA KEJAM DAN RAKUSNYA PENJAJAHAN/IMPERIALISME YANG BERLAKU DI MALAYA :
Besarlah putera bangsa dalam semangat kepahlawanan
Melihat derita bangsa dalam perangkap kemiskinan
Melihat bijih timahnya dieksploit orang
Susu getahnya habis dikebas
Kayu balaknya habis dirompak
Bumi minyaknnya tembus digali
Sedang bangsannya papa ke dana
Hidup merempat si marhain hina
HASNOL PERNAH MENJADI DATUK BANDAR MELAKA APABILA FRONT SOSIALIS MEMENANGI PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN SELEPAS MERDEKA. DAULAH RAKYAT INGIN MENGHIDUPKAN JASA PENGORBANAN TOKOH-TOKOH PERJUANGAN RAKYAT YANG SEJATI DAN TERBUKTI KETULUSAN PENGORBANAN MEREKA TERHADAP RAKYAT TANPA MENGHARAP BALASAN MATERIAL.
MALAHAN GOLONGAN SEPERTINYA INI TELAH MEMBAYAR HARGA PERJUANGAN DENGAN PENJARA, SIKSAAN DAN PEMBUNUHAN KARAKTER. MEREKA DIHUJANI DENGAN FITNAH SEBAGAI PEMBELOT NEGARA. HAKIKATNYA MEREKA TIDAK MENDAPAT APA -APA KESENANGAN DARIPADA PERJUNGAN BERAT TERSEBUT. BENAR KATA PEPATAH BELANDA MEMIMPIN ITU MENDERITA . SIAPAKAH YANG MENGENANG JASA BELIAU .JASANYA DIABADIKAN DALAM SEBUAH SAJAK OLEH USMAN AWANG :
HASNUL HADI PUTRA SELAT MELAKA – Usman Awang
“Hasnul Hadi,
suaramu adalah suara rakyat tertindas
jiwamu adalah jiwa berdarah luka pahlawan
tidak ada tolak ansur untukmu
tidak ada langkah mundur bagimu
tidak ada perkataan menyerah dalam dirimu;
kau berjuang dan jatuh
lalu berjuang dan bangun lagi
jatuh lagi, kau bangun dan terus berjuang...
Hasnul Hadi,
kalau ada yang paling berharga milikmu
semuanya telah kau berikan;
kau berikan titik keringatmu
kau berikan tenaga khidmatmu
kau berikan kebahagiaan rumahtanggamu
dan untuk semua ini hadiah yang kau terima
derita dan penjara.
Kau tidak dapat dikalahkan
oleh penjara dan tahanan;
kau tidak dapat ditundukkan
oleh ancaman dan seksaan;
kau tidak dapat dilumpuhkan
oleh penyakit yang melumpuhkan;
suaramu lantang mengungkapkan
keadilan dan kebebasan setiap insan
tanpa mengenal warna kulit dan keturunan.
