KENYATAAN NAJIB TENTANG AMANAH

Sesiapa yang mengaku sebagai umat Muhammad ia wajib mencontohi sifat-sifat baginda. Kalau tidak banyak,  sedikit dan menambahkannya sedikit demi sedikit. Jangan langsung tidak lekat sifat-sifat baginda  yang unggul iaitu sidiq bererti benar .Tidak sesekali berkata dusta. Dalam hal ini sahabat nabi Khalifah Abu Bakar Assidiq menghuraikan bahawa berkata benar adalah JIHAD. Manakala berkata dusta dan diam atas kebenaran adalah KHIANAT.

Begitu dengan sifat-sifat berikut seperti TABLIGH yang bererti menyampaikan apa yang sebenar bukan menyembunyikan  hakikat kebenaran.Apa sebenarnya  punca krisis yang sedang berlaku.Tidak bertindak memutar belit atau memanipulasikanya kebenaran sehingga hilang.Akibatnya  rakyat keliru dan terjebak dalam kancah serba ketidaktahuan. Sifat berikut ialah AMANAH. Pemimpin boleh dipercayai dalam menjaga harta negara. Menjaganya dengan penuh hemah dan hemat.Ini bererti tidak membazir dan salah guna kuasa dalam mengendalikannya.

Akibat salah pengendalian wang negara hilang tanpa pengembalian dan negara terpaksa berhutang.  Akibatnya kehidupan rakyat menjadi semakin perit dan terbiar tanpa pembelaan. Mereka terpaksa menaggung bebanan cukai yang meningkat dan inflasi yang berterusan.Sedangkan pendapatan tidak meningkat.Sebaliknya kian menyusut dengan berbagai kos kehidupan yang terus naik.

Lawan daripada amanah ialah khianat . Dalam bahasa sekarang disebut berintegriti. Akibat daripadanya integriti terlihat apabila pendapatan dan  aset negara bertambah. Kehidupan rakyat menjadi lebih selesa. Ini sebagaimana yang dihadap-i o9leh negara jiran seperti Brunei dan Singapura. Contoh sifat amanah yang tertinggi telah dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.  Sifat terakhir  Nabi Muhammad yang sangat jelas dimanfaatkan ke atas umatnya ialah BIJAKSANA. Lawannya ialah kejahilan atau kebodohan dan kecelaruan . Kesimpulannya jika sifat-sifat Muhammad yang terpuji itu   lekat pada kehidupan para pemuka Islam secara automatis ia akan membawa rahmat kepada umat.Jika sebaliknya umat akan diperas dan hidup dalam kesengsaraan yang berkepanjangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *