DUNIA DI AMBANG PERANG DUNIA KETIGA

Percaya atau tidak, dunia kini telah memasuki fasa terakhir dalam tamadun kehidupan manusia.Ini berlaku setelah berjaya membina kemajuan  cemerlang di sepanjang zaman, Realitinya dunia  kini sedang mengalami masa kelunturan dan kehancuran.Kita kini sedang gila dirasuk kebendaan dan sedang  memasuki fasa fasa terakhir hayat dunia sebelum tibanya hari kiamat. Banyak tanda tanda amaran tentang hujung kehidupan dunia. Salah satunya yang heboh dibicarakan ulama ialah timbulnya fenomena asap/ jerubu yang tak berkesudahan.Asap yang  menyeliputi bumi terutama di sekitar kita. Saintis dan pakar meteorologi mengatakan berpunca daripada pembakaran hutan. Peliknya ia tidak hilang hilang menutup bukit dan pandangan dalam jarak yang sangat dekat. Ke mana mana kita pergi kelihatan jerubu mengepung kita.

Tidak dinafikan sepanjang abad ke 20 , manusia mencapai kejayaan besar dalam sains dan tenologi. Sebaliknya di abad itu juga menyaksikan dua peperangan dua yang maha hebat. Kita sedia maklum suku pertama kurun  lepas dimulai dengan THE GREAT WAR atau PERANG DUNIA PERTAMA pada tahun 1914 – 1918..Ia diikuti PERANG DUNIA KEDUA,   24 tahun kemudian.Perang Dunia I merupakan perang pertama pertama yang menggunakan senjata canggih hasil  teknologi moden . Terjadi  setelah kemajuan mengkagumkan dalam bidang persenjataan canggih.Bila dikaji ia sebenarnya dirancang dan dipaksakan berlaku.Kuasa kuasa dunia ingin mencoba senjata moden yang mereka keluarkan. Siapa kuat dialah kudrat “RAJA”.

Pelik kenapakah dikatakan perang ini sengaja dipaksakan  ? Tujuan perang ini dirancang  untuk memusnahkan empat empayar besar di Eropa.Itulah hasil atau akibat yang dikehendaki daripada perang tersebut . Perkara itu benar benar terjadi. Impak perang tersebut empat empayar besar telah musnah. Pertama Empayar Jerman, kedua Empayar Austria – Hungari, ketiga Empayar OSMANIAH TURKI dan keempat Empayar Rusia. Perang ini juga dirancang untuk memunculkan Amerika sebagai kuasa baru dunia mengambil alih kekuasaan GREAT BRITAIN. Kejayaan paling besarnya ialah meruntuhkan empayar Islam daripada kekuasaan Khal8fah Osmaniah Turki.. Setelah redanya perang tersebut tamatlah riwayat KHILAFAH ISLAM. Peta baru dunia Islam dilakar Barat menerusi penjajahan semula oleh pihak Barat ke atas dunia Islam ………….akan bersambung

 

l

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *