MENILAI JASA TUN M KPD NEGARA!

SAYA TERTARIK DGN ARTIKEL INI PENULISNYA TIDAK SAYA KENALI… KIRIMAN DARI SAHABAT SAYA..
MEMAHAMI TINDAKAN TUN MAHATHIR

Ramai yang masih tidak faham akan tindakan Tun Mahathir menentang kerjasama parti Bersatu bersama UMNO. Ramai yg mengecam dan menghina Tun atas alasan beliau menghalang penyatuan kerjasama politik bangsa Melayu. Tak kurang juga yg melempar tuduhan bahawa Tun sudah menjadi kuda tunggangan DAP dan memuja parti itu.

Saya pernah menyatakan sebelum ini, jika kita ingin memahami tindakan Tun menentang kerjasama Bersatu dengan UMNO ini, kita mesti melihatnya dari sudut seorang negarawan yang sayangkan negaranya. Kalau kita hanya melihat dari sudut politik semata-mata, kita pasti tidak akan dapat menjumpai sebarang jawapan. Ramai yang tidak faham akan perkara ini lantas ada yang sanggup menghina dan melempar berbagai tuduhan liar terhadap seorang negarawan terulung negara. Tindakan mereka ini sungguh menyedihkan.

Ramai yang lupa bahawa Tun yang dilahirkan dalam tahun 1925 itu adalah saki baki kecil saksi Perang Dunia Ke-2 yang masih hidup di negara ini. Beliau mengharungi sendiri pengalaman hidup dijajah dan melihat sendiri bagaimana bangsanya dihina, disepak dan diterajang oleh bangsa lain. Jadi, janganlah salahkan Tun jika semangat beliau memartabatkan maruah bangsa dan negara itu sentiasa berada pada tahap yang luar biasa. Zaman penjajahan, zaman perang dunia, zaman darurat komunis, zaman menentang Malayan Union, zaman menuntut kemerdekaan. Semua zaman itu, Tun pernah alaminya sendiri. Jadi, siapalah kita nak mempertikaikan semangat perjuangan Tun.

Kalau kita baca sejarah hidupnya pun kita boleh tahu bahawa, di zaman remajanya lagi, Tun sudah buat kerja tampal poster anti penjajah, menulis didada-dada akhbar meniup dan membakar semangat orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan, menulis buku mengenai keusahawanan dan bermacam-macam lagi untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Saya juga senaraikan di sini beberapa tindakan berani yang telah dibuat oleh Tun demi agama, bangsa dan negara bagi mengingatkan para pembaca siapa itu Tun.

Ketika mula-mula menjadi ahli parlimen, beliau lantang bersuara dan memperjuangkan hak orang Melayu hingga dilabel sebagai seorang “ultra” Melayu. Beliau tidak gentar mengkritik pemimpin hingga ke satu tahap, beliau sendiri dipecat keluar dari parti UMNO. Begitulah semangat dan keberanian Tun apabila memperjuangkan perkara yang melibatkan maruah dan kepentingan bangsa dan negara.

Apabila beliau menjadi Perdana Menteri, antara perkara terawal yang dilakukan oleh Tun ialah mengarahkan penempatan tentera di Terumbu Layang Layang, Sabah bagi mempertahankan kedaulatan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia daripada dicerobohi oleh negara jiran. Ini berikutan berlakunya ancaman dan perebutan wilayah di Gugusan Semarang Peninjau atau lebih dikenali sebagai Kepulauan Spratly . Bagi menguatkan lagi tuntutan dan meluaskan liputan kawasan (ZEE) Malaysia ini, Tun bertindak tegas dan berani dengan menambak laut dan seterusnya menaiktaraf Terumbu Layang Layang menjadi sebuah pulau buatan manusia. Pulau Layang Layang seterusnya dibangunkan sebagai pangkalan ketenteraan dan pusat peranginan bertaraf dunia. Tindakan ini sekaligus menguatkan lagi tuntutan hak Malaysia keatas kawasan-kawasan dipersekitaran pulau berkenaan yang diketahui kaya dengan sumber petroleum. Hasil dari tindakan berani Tun ini, negara dapat menjamin kedaulatannya dan mendapat limpahan nikmat dan faedah dari segi ekonomi hingga ke hari ini.

Dua bulan selepas menjadi Perdana Menteri, Tun telah mengerakkan satu corporate manoeuvre yang begitu licik yg hingga ke hari ini begitu terkenal dengan gelaran “Dawn Raid” iaitu mengambil alih syarikat perladangan terkemuka dunia Guthrie secara mengejut melalui London Stock Exchange. Peristiwa klasik lagi epik yang mengemparkan dunia korporat ini membolehkan Malaysia menguasai semula lebih 100,000 hektar tanah perladangan dalam dan luar negara yang sebelum ini dieksploitasi sewenang-wenangnya oleh pihak British. Apabila kerajaan British cuba bertindak balas dengan menghapuskan subsidi dan menaikkan yuran pendidikan sebanyak 3 kali ganda keatas lebih 17,000 pelajar negara yang menuntut di sana, Tun membalas dengan memperkenalkan polisi “Buy British Last”. Tun juga bertindak untuk memboikot dari menghadiri Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) 1981 di Melbourne dan 1983 di New Delhi tanda protes terhadap tindakan kerajaan British itu. Tak cukup dengan itu, Tun menuntut semula Carcosa Hill yang diberi secara percuma oleh Tunku Abdul Rahman kepada kerajaan British selepas merdeka. Hasil dari tindakan-tindakan berani dan tegas Tun ini, kerajaan British pimpinan Margaret Thatcher terpaksa tunduk dengan menyediakan dana khas bantuan pendidikan kepada pelajar Malaysia berjumlah £160 juta serta mengembalikan Carcosa Hill kepada Malaysia dalam tahun 1984.

Semasa krisis matawang Asia 1997, Tun bertegas untuk mengatasi krisis tersebut menggunakan kaedah sendiri tanpa menerima bantuan dan bailout daripada International Monetary Fund (IMF). Ini kerana pakej bantuan dari IMF itu juga menuntut setiap negara mengamalkan konsep pasaran bebas dimana ekonomi setiap negara hendaklah dibuka kepada orang luar tanpa sebarang syarat. Tidak ada sekatan lagi terhadap apa-apa langkah pemilikan aset-aset strategik negara oleh orang asing. Menyedari akan risiko dan ancaman ekonomi yang bakal dihadapi terutama kepada orang Melayu jika kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak IMF ini, Tun membuat keputusan yang amat berani dan tegas dengan bertindak melawan arus. Apa yang saya maksudkan dengan “bertindak melawan arus” ini ialah Tun mengambil langkah yang bertentangan sama sekali dengan apa yang dicadangkan oleh pemikir-pemikir ekonomi dari Barat. Langkah menurunkan kadar faedah, menetapkan kadar matawang dan capital control hampir menyebabkan Malaysia menjadi pariah dunia. Satu dunia terutama negara-negara Barat mengecam tindakan Malaysia ini. Negara-negara sahabat seperti Jepun dan Korea turut menjarakkan diri mereka dari Malaysia. Namun demi kepentingan negara, Tun tetap tegas dengan keputusannya. Dan sejarah telah membuktikan bahawa tindakan Tun itu adalah tepat dan sangat bijaksana. Hinggakan beberapa tahun selepas krisis itu berlalu, pihak IMF dan kepala syarikat dana lindung nilai, George Soros itu sendiri mengakui kesilapan mereka dan memuji langkah-langkah yang telah diambil oleh Tun dalam menghadapi krisis matawang itu.

Apabila pentadbiran Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dilihat terlalu berbaik-baik dengan Singapura dan timbul beberapa isu seperti pembatalan projek “Jambatan Bengkok” dan terdapat aktiviti jualan pasir secara besar-besaran ke negara republik itu, Tun keluar dari persaraan dan bangkit mengkritik Pak Lah secara terbuka. Tun rasa terhina dengan alasan bahawa kita terpaksa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Singapura untuk menjalankan apa-apa aktiviti pembinaan di dalam negara kita sendiri.(merujuk kepada projek Jambatan Bengkok) Alasan ini seolah-olah menggambarkan bahawa Malaysia sudah hilang maruah diri, hilang kedaulatan dan menjadi pak turut pada negara lain.

Apabila skandal 1MDB meletup dan menjadi tumpuan dunia, nama dan maruah Malaysia tercalar dengan amat teruk sekali. Masyarakat dunia memandang hina terhadap Malaysia dan para pemimpinnya. Ada yang menjadikan pemimpin negara sebagai bahan lawak dan halwa gelihati apabila alasan bodoh seperti derma Raja Arab 2 billion digunapakai oleh Najib bagi mempertahankan diri. Alasan-alasan bodoh ini hanya menguatkan tangapan masyarakat dunia bahawa Najib sedang menipu dan memang bersalah dalam skandal 1MDB tersebut. Hanya penyokong-penyokong totok Najib yang berada dalam negara sahaja yang masih sanggup terima penipuan ini walaupun dikalangan masyarakat dunia hanya mentertawakannya sebab alasan yang diberikannya itu terlalu bodoh dan tidak disokong dengan sebarang bukti jelas. Bill Gates, antara orang terkaya di dunia dan mempunyai berjuta-juta followers di media sosial sendiri telah memilih buku “Billion Dollar Whale” yg menceritakan salah laku pemimpin negara dalam skandal 1MDB ini sebagai buku bacaan pilihan beliau. Beliau menggelarkannya sebagai “It’s a sad story of corruption and international finance”. Cerita sedih mengenai rasuah dan kewangan antarabangsa. Bayangkan betapa meluasnya tahap kehinaan yang ditanggung oleh Malaysia pada ketika itu apabila personaliti-personaliti hebat bertaraf dunia juga melahirkan rasa jelak dan meluat mereka terhadap kegiatan-kegiatan rasuah dan pecah amanah yg dilakukan dikalangan pemimpin-pemimpin negara.

Pada mulanya, Tun beberapa kali menegur secara lembut meminta Najib meletak jawatan secara terhormat bagi menyelamatkan maruah negara. Nasihat Tun ini ditempelak oleh Najib dengan begitu biadap sekali. Siapa pun tak akan lupa makian Kepala Bapak Kau yg dituju Najib kepada Tun. Kemudian disambut pula dengan tindakan-tindakan kurang ajar pemimpin-pemimpin UMNO yang silih berganti menghina Tun atas dasar ingin terus menyokong dan menghalalkan aktiviti rompakan Najib ini. Kedegilan pemimpin-pemimpin UMNO yang masih setia menyokong Najib ini akhirnya tidak memberi pilihan lain lagi kepada Tun selain dari bekerjasama dengan parti DAP dan seteru lamanya Anwar Ibrahim. Kita harus sedar, Tun perlu menjatuhkan pentadbiran Najib ini bagi menyelamatkan maruah negara dari dilabel sebagai sebuah negara kleptokrat yang tebal aktiviti rasuah dan pecah amanah dikalangan pemimpin-pemimpinnya. Tun juga ingin menyelamatkan negara dari menanggung hutang yang amat besar yang terpaksa ditanggung bukan saja oleh kita tetapi turut menimpa anak cucu kita akibat dari bencana dan malapetaka 1MDB ini.

Semua tindakan-tindakan Tun yang saya nyatakan ini amat jelas menunjukkan bahawa apabila maruah dan kepentingan negara terancam, Tun akan pasti bangkit dan berani ke barisan hadapan untuk mempertahan dan memperjuangkannya. Tiada keraguan dan tiada kemusykilan lagi. Inilah watak seorang negarawan yang begitu sayang dan cinta akan negaranya.

Pembaca yg dihormati sekalian. Nama Tun Dr Mahathir dan Malaysia ini sudah sebati dan tidak boleh dipisahkan lagi. Ibarat Mahatma Gandhi di India dan Nelson Mandela di Afrika Selatan, nama Mahathir ini gah di seluruh pelusuk dunia dan ia secara tidak langsung turut mengangkat nama Malaysia itu sendiri. Tun ialah seorang pemimpin kelas dunia, menjadi sumber inspirasi dan ikutan kebanyakan pemerhati. Menjadi tumpuan dan topik kajian masyarakat intelek dan sering dijemput berkongsi pengalaman dan idea-idea di forum-forum antarabangsa. Pendapat dan pandangan beliau terhadap sesuatu isu itu sering ditunggu tunggu. Ucapan-ucapan beliau di persidangan dan forum bertaraf dunia sering dinanti-nanti.

Kita masih ingat lagi bagaimana wakil dari negara-negara serata dunia berbaris panjang untuk bersalaman dengan Tun selepas beliau habis berucap di Persidangan PBB tahun lalu. Kita masih ingat bagaimana pekerja-pekerja hotel di Jepun berbaris hormat sambil memberi tepukan kepada Tun ketika beliau mahu menaiki kenderaan yg membawanya ke lapangan terbang untuk pulang ke negara. Kita masih ingat bagaimana Presiden Indonesia, Joko Widodo mengetepikan protokol apabila sanggup menunggu di boarding stairs kapalterbang ketika menyambut kedatangan Tun ke Indonesia. Kita masih ingat bagaimana Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengakui yang dia berasa gemuruh bila berjumpa dengan Tun. Kita masih ingat bagaimana Presiden Rusia, Vladimir Putin berkeras untuk membuat kunjungan hormat pada Tun di kediaman Tun di The Mines walaupun Tun pada ketika itu bukan lagi Perdana Menteri. Semua mereka ini sangat kagum akan ketokohan dan kewibawaan Tun. Beliau begitu disegani dan menjadi sumber inspirasi bukan hanya kepada masyarakat dunia tetapi turut juga kepada pemimpin-pemimpin dunia.

Tapi, bayangkan apa akan jadi andai Tun dilihat bekerjasama dan bersahabat semula dengan rejim kleptokrat yang dipandang hina oleh seluruh masyarakat dunia? Apa akan jadi pada pandangan masyarakat dunia terhadap Tun? Apa akan jadi pada pandangan masyarakat dunia terhadap negara Malaysia? Terhadap bangsa Melayu? Terhadap agama Islam?

Jika Tun menerima semula UMNO dan Najib Razak, masyarakat dunia akan menganggap Tun ini seorang yang hipokrit dan penuh kepura-puraan. Negara Malaysia terutama orang Melayu itu dilihat sebagai satu bangsa yang korup, tidak amanah dan tiada maruah! Atau Melayu itu satu bangsa yang terlalu bodoh dan senang ditipu kerana masih boleh menerima dan mengangkat seorang pemimpin super korup seperti Najib itu sebagai seorang ketua dan pemimpin negara. Pendek kata, negara Malaysia yang kita cintai ini akan dipandang sehina-hinanya dan menjadi pariah dunia. Tun sebagai seorang negarawan yang cintakan negaranya sudah tentu tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Oleh sebab itulah Tun menentang keras, sekeras kerasnya kerjasama politik diantara parti Bersatu dan UMNO ini hingga sanggup melepaskan jawatannya sebagai seorang Perdana Menteri.

Kehebatan insan bernama Mahathir bin Mohamad ini sebenarnya telah banyak membuka peluang untuk Malaysia. Beliau mengangkat nama Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani dan dikagumi masyarakat dunia. Berapa banyak peluang perniagaan mahupun pelaburan yang telah diperolehi di negara-negara yang begitu menyanjungi Malaysia dan Mahathir? Negara negara seperti Jepun, Turki, Bosnia, Cuba, Pakistan, Uzbekistan dan negara-negara Afrika sangat mengangumi kita. Hanya bermodalkan nama Malaysia dan Mahathir sudah cukup untuk membuka peluang perniagaan dan pelaburan dan seterusnya memberi kelebihan kepada usahawan-usahawan negara kita. Bayangkan kelebihan kelebihan ini akan hancur musnah andai masyarakat dunia sudah tidak hormat kita lagi. Bayangkan peluang perniagaan dan pelaburan akan hilang begitu saja andai masyarakat dunia pandang jijik dan hina terhadap kita.

Tun telah beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak peduli akan legasi yang bakal ditinggalkannya. Beliau menyerahkan kepada masyarakat dan sejarah untuk menilai dan menghukumnya kelak. Kita harus sedar dan mengakui bahawa Tun lakukan semua ini hanyalah kerana maruah agama, bangsa dan negaranya. Untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara dari dihina masyarakat dunia. Beliau lakukan ini bukan untuk kepentingan dirinya atau hendak naikkan anaknya menjadi Perdana Menteri. Tun mungkin tidak ada banyak masa lagi. Tapi selagi nyawa dikandung badan. Selagi roh tidak dijemput Ilahi. Patah paruh bertongkat dagu. Demi negara yang dicintainya ini, Tun akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir hingga ke hujung nyawa. Itulah refleksi seorang negarawan terulung bertaraf dunia. Semoga Allah s.w.t. berkati perjuangan Tun.

RAFIZI RAMLI BERSUARA

15 Mac 2022

PEMILIHAN KEADILAN 2022

Keputusan Pilihanraya Negeri Johor (PRN Johor) baru-baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk oleh semua rakyat Malaysia yang mendukung idealisme politik progresif yang dibawa KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Ini adalah kekalahan keempat berturut-turut dalam beberapa siri pilihanraya negeri. Setiap kali KEADILAN dan Pakatan Harapan mengalami kekalahan, selain dari menyalahkan sesama sendiri, sehingga kini belum nampak strategi yang berlainan untuk menambat kembali hati rakyat.

Satu-satunya strategi yang diulang-ulang ialah pendekatan “khemah besar” untuk menyatukan semua parti yang bersaing dengan UMNO/Barisan Nasional. Terbaru, saya dimaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Perikatan Nasional mengenai kemungkinan bekerjasama dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Walaupun tidak ada tanda-tanda pun pendekatan “khemah besar” ini mendatangkan sebarang hasil setakat ini, ia kekal menjadi satu-satunya jalan yang difikirkan pimpinan Pakatan Harapan seolah-olah keseluruhan pimpinan Pakatan Harapan sudah mati akal untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat.

KEADILAN dan Pakatan Harapan menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kerana isu-isu yang dibawa ketika itu dekat dengan rakyat. Rakyat memahami kesan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika itu kepada kehidupan seharian dan masa depan mereka. Rakyat juga tertarik dengan beberapa penyelesaian yang dibawa untuk merungkai masalah ekonomi yang dihadapi.

Rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas PRU14 meyakinkan sebahagian rakyat (terutamanya pengundi atas pagar) bahawa pertelingkahan politik di peringkat pimpinan negara hanyalah berkisar kepada agihan kuasa sesama mereka. Baik dari gabungan politik mana pun yang berkuasa, akhirnya kehidupan mereka tidak akan berubah. Yang berubah hanyalah siapa yang menjadi menteri dan mendapat keistimewaan yang datang dengan kedudukan.

Sebab itu UMNO/Barisan Nasional boleh menang bergaya sedangkan sokongan rakyat di peti undi tidak banyak berubah sejak 2018. Dalam keadaan sebahagian besar pengundi atas pagar merasakan KEADILAN dan Pakatan Harapan sudah tidak ada beza dengan UMNO/Barisan Nasional atau Perikatan Nasional, sebahagian besar dari mereka mengalami kelesuan politik. Mereka mual dengan isu politik kerana tiada perbezaan ketara dari gabungan-gabungan politik.

Kelesuan politik ini juga berpunca dari pelbagai taktik yang dibawa gagasan-gagasan politik untuk mendapat kuasa selepas PRU14.

Di peringkat Persekutuan, UMNO dan BERSATU boleh berkongsi kuasa tetapi memaki hamun sesama sendiri di luar. PAS boleh mendakap UMNO demi kuasa (walaupun bermusuh sekian lama), kemudian memaki hamun kembali juga disebabkan kuasa. KEADILAN boleh dimainkan hidup-hidup oleh helah UMNO konon untuk menyokong calon KEADILAN menjadi Perdana Menteri, seolah-olah KEADILAN tidak kenal siapa UMNO. DAP menyatakan pengkhianatan BERSATU meruntuhkan mandat rakyat, tetapi DAP juga yang menjadi broker persefahaman MOU untuk mengekalkan Perdana Menteri dari BERSATU (seterusnya bersambung dengan Perdana Menteri dari UMNO).

Terkini, pandangan terbaru ialah supaya Pakatan Harapan mencari jalan bekerjasama pula dengan Perikatan Nasional.

Di mata ahli-ahli politik ini adalah strategi demi meningkatkan peluang memenangi pilihanraya. Di mata rakyat biasa, politik Malaysia sudah menjadi drama Keluarga 69 seperti yang dinukilkan Allahyarham P Ramlee dahulu.

Saya memang kurang minat dengan politik sejak dari kecil. Saya tidak bercita-cita menerima jawatan awam kerana ia satu tanggungjawab. Jika kita tidak yakin boleh memikul sesuatu amanah, lebih baik kita beri laluan kepada orang lain.

Sejak 2019, saya telah menyuarakan pandangan yang tidak bersetuju dengan kegilaan membentuk gabungan (dengan sesiapa sahaja tanpa mengira sentimen rakyat) demi untuk mendapat kuasa. Suara saya menjadi suara minoriti di kalangan pimpinan KEADILAN, apatah lagi di kalangan Pakatan Harapan.

Saya mengambil tanggungjawab bahawa saya tidak boleh berada di dalam kepimpinan yang strategi dan keputusannya saya tidak bersetuju. Jika saya kekal, maka saya perlu menyokong keputusan itu. Jika saya tidak menyokong, saya tidak boleh kekal menjadi sebahagian dari pimpinan. Ini adalah asas utama prinsip pertanggungjawaban (“accountability”).

Sebab itu, saya sangat gembira untuk kembali ke kehidupan sebagai rakyat biasa dan memberi ruang sepenuhnya kepada pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan memikat kembali hati rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negara. Jika mereka yakin taktik membawa mana-mana Ahli Parlimen yang sanggup menukar kesetiaan (demi mencukupkan angka sokongan) boleh mengembalikan pentadbiran Pakatan Harapan dan seterusnya meningkatkan peluang memenangi PRU15, saya tumpang gembira (walaupun saya tidak mahu terlibat).

Malangnya, dari satu khemah ke khemah lain, ketaasuban kepada strategi gabungan politik ini makin menjauhkan KEADILAN dan Pakatan Harapan dari rakyat. Apabila hari ini kita mengkritik dan kemudian esoknya kita berpacaran dengan orang yang kita kritik, lama-lama rakyat merasakan ini semua hanyalah drama Keluarga 69. Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepada membentuk gabungan, usaha mengangkat derita rakyat dan menawarkan penyelesaian menjadi semakin sepi.

Saya terus mendapat desakan dari pendukung KEADILAN dan Pakatan Harapan dari kalangan rakyat biasa untuk kembali ke gelanggang politik. Saya mengambil masa yang panjang kerana saya tidak yakin saya boleh membantu keadaan dalam keadaan pandangan saya adalah pandangan minoriti di kalangan pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Saya berpendapat kegilaan mencatur sokongan di peringkat atas sehingga KEADILAN dan Pakatan Harapan nampak terpisah dan kaku dari suara rakyat akan dihukum oleh rakyat. Jika KEADILAN dan Pakatan Harapan ingin menambat kembali hati rakyat, kembalilah berjuang habis-habisan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat. Bukan sahaja menuding jari, bawalah penyelesaian-penyelesaian yang masuk akal untuk meyakinkan rakyat bahawa kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik jika mereka memilih KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Usaha menambat hati rakyat seperti ini lebih memenatkan berbanding berbincang di meja rundingan atau di restoran mahal mengenai gabungan politik. Sebab itu saya faham kenapa lebih mudah untuk memilih jalan bergabung politik dari menambat hati rakyat.

Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas UMNO/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Saya menganggotai KEADILAN sejak 1999 kerana saya yakin masa depan Malaysia adalah satu masa depan yang progresif, berbilang bangsa dengan citra idea yang pelbagai. Sumbangan saya dalam menubuhkan Pakatan Harapan dalam tahun 2015 bukanlah semata-mata demi kemenangan dalam pilihanraya, saya bertekad memastikan politik progresif pelbagai bangsa di negara ini dapat dipertahankan ketika itu.

Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaru, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika KEADILAN dan Pakatan Harapan terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan akan datang.

RAFIZI RAMLI
Mantan Ahli Parlimen Pandan

UDA PERKEMBANGAN TERKINI

Saya tidak tahu benar atau tidak. Kenalah pihak UDA Holding membuat kenyataan.

  1. Khabarnya UDA yang di Pengerusikan oleh seorang pemimpin Wanita UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah bersetuju membeli harta tanah bekas panggung Odeon bernilai 260 juta.
  2. Beli itu tidak salah. Tetapi persoalan UDA fungsi dan tugas meningkat ekonomi Melayu. Kenapa tak beli harta tanah orang Melayu di Kampong Bharu yang banyak hendak di jual. Yang jarak tidak lebih dari 200meter dari Odeon.
  3. Khabar tanah ini asalnya milik anak syarikat UDA.. Haramjadah apa ni, jika benar saperti anak jual rumah kepada bapa.. Asalnya bapa yang punya.
  4. Soal penyamunan dan rasuah tak kira jantan atau betina, semua sama dalam komuniti UMNO. Ada jawatan kira nak menyamun. Sebab beli tanah Melayu di Kampong Bharu mungkin tak dapat kamsen broker. Entahlah.
  5. Tulisan ini akan di padamkan sebaik sahaja UDA Holding membuat kenyataan menjelaskan isu pembelian tanah ini. Noh Omar sebagai Menteri jaga UDA tolong beri penjelasan.
  6. Pertama Komplek di depan harta tanah nak dibeli, milik UDA pun Peniaga Melayu macam melukut tepi gantang. Itu UDA tidak ambik kisah. Nak sewa ruang lobi pun tidak ada keistimewaan kepada peniaga Melayu.

Berhentilah pemimpin UMNO yang ada jawatan. Otak kira nak menyamun. parti kalah pilihanraya dan Kerajaan, kamu kaya raya.. Pookee Maklah kamu Pengerusi UDA. -zmy

BILA NAMA LAUT CHINA SELATAN AKAN BERUBAH!

Nama asal laut di pantai timur jajaran dari Patani, Kelantan dan Terengganu ialah LAUT MELAYU BUKAN LAUT CHINA SELATAN. Kini kenapa tak berani wartakannya semula. Memang hampir dengan kita dan bahagian kita.

KEMBOJA namakan laut berdekatannya LAUT CHAMPA, VIETNAM sebut laut di timurnya menjadi LAUT VIETNAM TIMUR,

FILIPINA namakan laut berdekatan dengannya. LAUT FILIPINA BARAT, Manakala Indonesia namakan laut di utara P. Tanuna sebagai LAUT NATUNA UTARA sehingga 200 km ke utara Pulau NatunaHanya Malaysia sangat ketinggalan.Tak berani nak laksanakan dengan laut berdekatan dengan nama yang menunjukkan hak kita. LAUT TANAH MELAYU/LAUT MALAYA / LAUT SUNDA! BILAKAH DASAR KITA YG LONYAI AKAN BERUBAH!!!

Nama asal laut di pantai timur jajaran dari Patani, Kelantan dan Terengganu ialah LAUT MELAYU BUKAN LAUT CHINA SELATAN. Kini kenapa tak berani wartakan semula. Memang hampir dengan kita dan bahagian kita. KEMBOJA namakan laut berdekatannya LAUT CHAMPA, VIETNAM sebut di timurnya menjadi LAUT VIETNAM TIMUR,

FILIPINA namakan laut berdekatan dengannya. LAUT FILIPINA BARAT, Indonesia namakan laut di utara P. Tanuna sebagai LAUT NATUNA UTARA. Hanya Malaysia sangat ketinggalan.Tak berani nak laksanakan dengan laut berdekatan dengan nama yang menunjukkan hak kita. LAUT TANAH MELAYU/LAUT MALAYA / LAUT SUNDA! BILAKAH DASAR KITA YG LONYAI AKAN BERUBAH!!!

RAKYAT WAJIB SAMBUT KHEMAH BESAR DSAI!

Demi survival negara tercinta, demi masa depan rakyat tempatan, demi hari-hari muka kita di Malaysia lebih baik memilih gabungan parti yang baru yang bebas rasuah. Rakyatlah yang berhak menentukan perjalanan parti bukan segelintit pemimpin yang sarat dengan kes mahkamah.

DSAI bukan maksom. Jila dibandingkan dengan para pemimpin yang lain, beliau jelas jauh lebih unggul berbanding dengan yang lain-lain. Malaysia memerlukan pemimpin yang sudah terkenal untuk senang berutus denfan dunia antarabangsa.

KEPIMPINAN GEMILANG BANGSA MELAYU BERKECAI KERANA 1 ORANG!!!!!

In the year 2000,Australian journalist writes: In Malaysia this is leader of substance. Appears every 500 years, After the death of Tun Perak, Earth Melayu was forsed to wait 500 years to appear real leader as Tun Perak, i.e. DR MAHATHIR. Unfortunately at the age of Dr Mahathir, appeared 3 more great leaders as well as Malays. Moses Black, Tengku Razaleigh and Anwar Ibrahim. After the leadership goes, Malay have to wait 500 years again for this awesome ese. Aduuuuh!

TG TOKONG OH TG TOKONG BILA AKAN DISELAMATKAN WARISANNYA?

GTWH boleh pula jadi warisan dunia. WARISAN MELAYU P. PINANG TERHIMPUN DI TG TOKONG BANGUNKAN WARISAN INSTITUSI DULU, KEMUDIAN WARISAN NELAYAN, WARISAN PENJAJA, PERSEKITARAN YG MEREFLEK WARISANNYA. TERBANGUN SEBUAH WARISAN HIDUP MILIK KITA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...